PENGENALAN
Kolej Komuniti Sungai Petani memberikan perkhidmatan kepada masyarakat sekitar melalui tawaran kursus sepenuh masa yang diiiktiraf oleh kerajaan dan kursus pendek.
KURSUS SEPENUH MASA
Para pelajar yang mengikuti kursus sepenuh masa di peringkat sijil akan didedahkan kepada sistem pembelajaran hands-on iaitu melibatkan 75% sesi praktikal dan 25% sesi teori.
KURSUS PENDEK
Kursus pendek ditawarkan kepada semua golongan masyarakat oleh pihak kolej tanpa mengira latarbelakang, tahap umur, kelas sosial masyarakat dan jantina. Semua golongan masyarakat berpeluang untuk mengikuti kursus pendek yang ditawarkan oleh pihak Komuniti Sungai Petani, Kedah.
Jabatan Pendidikan Sepanjang Hayat adalah merupakan unit utama dalam merancang dan melaksanakan semua kursus pendek yang ditawarkan. Selain itu, kursus pendek turut di laksanakan diatas permintaan komuniti.
KURSUS PENDEK YANG DITAWARKAN
Berikut di antara kursus pendek yang ditawarkan kepada masyarakat setempat:
1. Kursus Microsoft Office meliputi Microsoft Wors, Excel dan Powerpoint
2. Kursus Bakeri dan Konfeksionari
3. Kursus Baikpulih Komputer
4. Kursus Bahasa Inggeris ( Smart Reader )
5. Kursus Hotel dan Katering
6. Kursus Jahitan
7. Kursus Kecantikan dan Dandanan Rambut
8. Kursus Motivasi dan Kerjaya
PENYERTAAN KURSUS PENDEK
Terbuka kepada semua komuniti setempat
Cara Penyertaan
1. Datang terus ke Kolej Komuniti
2. Menghubungi Jabatan Pendidikan Sepanjang Hayat, Kolej Komuniti Sungai Petani melalui
talian Telefon: 04-4412909 / 04-4413909 , Fax: 04-4412924
|