Kolej Komuniti Sungai Petani merupakan sebuah institusi pendidikan di bawah Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia(KPTM). KKSP ditubuhkan untuk memberi peluang pendidikan dan latihan khusus kepada pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Pada peringkat permulaan, KKSP menawarkan 5 kursus sepenuh masa iaitu Kursus Sijil Hotel Dan Katering, Sijil Automotif , Sijil Kecantikan dan Dandanan Rambut, Sijil Bakeri & Konfeksionari dan Sijil Fesyen dan Pakaian.
Di samping itu kolej ini menawarkan kursus di peringkat Diploma Hotel dan Katering yang mana kursus ini memberi peluang untuk pelajar menlanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi dan setaraf dengan institusi pengajian yang lain
Kolej ini juga akan memperhebatkan dan mempelbagaikan lagi tawaran Kursus Jangka Pendek bagi menarik minat lebih ramai masyarakat setempat mengambil bahagian dalam pembelajaran sepanjang hayat. Sesungguhnya, masyarakat setempat tidak seharusnya melepaskan peluang untuk meningkatkan dan menambahkan pengetahuan bagi memperbaiki taraf kehidupan dan menjana peningkatan taraf ekonomi masing-masing. |