KURSUS SEPENUH MASA YANG DITAWARKAN
|
MAKLUMAT KURSUS V09- SIJIL FESYEN DAN PAKAIAN
CERTIFICATE IN FASHION AND APPAREL DESIGN
DITAWARKAN DI KAMPUS CAWANGAN BALING DAN JELI
|
|
Sinopsis
|
Kursus ini memfokus kepada kreativiti dan teknik pembuatan pakaian. Ia juga memberi penekanan kepada pemahaman fabrik dan keusahawanan. Modul senireka fesyen ditawarkan di tiga peringkat untuk memberi pendedahan kepada pelajar dari sudut pemahaman mengenai daya intelektual dan artistik (seni) yang menentukan rekaan fesyen dan pakaian di pasaran tempatan dan antarabangsa. Sepanjang kursus ini aspek amali akan ditegaskan supaya lepasan kursus ini mempunyai tahap kemahiran yang tinggi.
|
|
Prospek Kerjaya
|
Lulusan kursus ini berpeluang untuk menceburi dalam bidang ;
· Pereka fesyen
· Usahawan (butik)
· Tukang jahit
|
|
MAKLUMAT KURSUS V08- SIJIL HOTEL DAN KATERING
CERTIFICATE IN HOTEL & CATERING
DITAWARKAN DI KAMPUS SUNGAI PETANI
|
|
Sinopsis
|
Kursus ini memberikan pengetahuan dan kemahiran kepada para pelajar dalam bidang Front Office, operasi dapur, penyediaan dan penyajian makanan dan minuman, pengemasan, promosi, simpankira dan perhubungan pelanggan. Pelajar juga akan disediakan untuk memulakan perniagaan sendiri dengan penerapan matapelajaran simpan kira praktik, teknik promosi dan amalan perniagaan di samping aspek pengurusan dan penyeliaan.
|
|
Prospek Kerjaya
|
Lulusan kursus ini berpeluang untuk menceburi dalam bidang ;
· Pembantu chef
· Penyelia di bahagian makanan dan minuman
· Housekeeper
· Pramusaji
· Usahawan katering
|
|
MAKLUMAT KURSUS V19 - SIJIL KECANTIKAN DAN DANDANAN RAMBUT
CERTIFICATE IN BEAUTY AND HAIR DRESSING
DITAWARKAN DI KAMPUS SUNGAI PETANI
|
|
Sinopsis
|
Kursus ini digubal untuk menyediakan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan selaras dengan perkembangan industri kecantikan masa kini. Untuk mencapai matlamat ini, aspek teori dan praktikal telah dirancang untuk menyediakan pelajar yang berketrampilan dan mahir dalam bidang kecantikan dan dandanan rambut. Modul-modul disediakan dalam kursus ini membekalkan pengetahuan dan kemahiran kepada pelajar supaya mereka berupaya membuat diagnosis, memilih dan melakukan kemahiran serta profesional di dalam bidang kecantikan dan dandanan rambut.
|
|
Prospek Kerjaya
|
Lulusan kursus ini berpeluang untuk menceburi dalam bidang ;
- Esthetician
- Beautician
- Jurumekap
- Perunding imej
- Guru seni kecantikan
- Jurujual kosmetik
- Pengusaha salon (usahawan)
|
|
MAKLUMAT KURSUS VO3- SIJIL AUTOMOTIF
CERTIFICATE IN AUTOMOTIVE
DITAWARKAN DI KAMPUS SUNGAI PETANI
|
|
Sinopsis
|
Kursus ini merangkumi bidang-bidang teknologi terkini yang melibatkan peralatan menguji/mendiagnosis kenderaan bermotor. Aspek penggunaan komputer dalam bidang automotif juga diberi penekanan. Kursus ini meliputi pengetahuan dan kemahiran berkaitan dengan penyenggaraan asas dan penjagaan kenderaan, merombak rawat enjin, komunikasi grafik dan CAD, sistem elektrik kenderaan, kerja kimpalan dan pembaikan kenderaan, pengurusan pusat servis peralatan elektrik dan elektronik automotif serta pelbagai sistem dalam kenderaan.
|
|
Prospek Kerjaya
|
Lulusan kursus ini berpeluang untuk menceburi dalam bidang ;
· Pembaikpulih dan Penyenggara kenderaan bermotor
· Pembantu Mekanik
· Juruteknik di sektor awam dan swasta
· Pekerja mahir @ separuh mahir
· Penyelia pusat servis
· Penyelia perkakasan bengkel.
· Pengusaha bengkel.
|
|
MAKLUMAT KURSUS V20 - SIJIL BAKERI DAN KONFEKSIONARI
CERTIFICATE IN BAKERY AND CONFECTIONARY
DITAWARKAN DI KAMPUS CAWANGAN BALING DAN JELI
|
|
Sinopsis
|
Kursus ini menyediakan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan selaras dengan perkembangan industri bakeri pada masa kini. Modul-modul disediakan dalam kursus ini membekalkan pengetahuan dan kemahiran kepada pelajar supaya mereka berupaya membuat diagnosis, memilih dan melakukan kemahiran serta profesional di dalam bidang bakeri dan konfeksionari
|
|
Prospek Kerjaya
|
Lulusan kursus ini berpeluang untuk menceburi dalam bidang ;
- Pengajar bidang bakeri dan pastri
- Penyelia makanan dan minuman
- Usahawan
- Pastry Kitchen
- Perunding bakeri dan pastri
|
KURSUS JANGKA PENDEK
Jabatan Pembelajaran Sepanjang Hayat merupakan jabatan yang bertanggungjawab mengendalikan kursus jangka pendek. Dibawah jabatan ini dibahagikan kepada dua unit utama iaitu pendidikan lanjutan dan pendidikan sepanjang hayat. Antara kursus yang di tawarkan ialah
Bahasa
- Masakan
- Teknologi Maklumat
- Jahitan
- Grafik Berkomputer
- Motivasi dan Kerjaya
- Baikpulih Komputer
- Bakeri
- Kemahiran Hidup
|